PESONA SOLAT TAHAJUD
Solat tahajud adalah ibadah sunat yang mendapat perhatian istimewa dari pd Allah Azza Wa Jalla.
Al-Quran secara langsung menganjurkn kepada kita melaksanakan solat tahajud.
Al-Quran mengandung banyak ayat yang menampilkan perbagai janji ,baik berupa jaminan terhapusnya dosa ataupun meningkatkan derajat kesan dari pada solat tahajud. Keistimewaan itulah yang menyebabkan Nabi Muhammad tidak pernah meninggalkan solat tahajud dan beliau melaksanakannya dengan serius. Keseriusan solat tahajud nabi kelihatan pada kaki beliau yang bengkak.
"Aku memohon ampun dari pd Allah,Tuhanku dan aku kembali kepadanya"
Amalannya itu diikuti oleh para sahabat,Abu BAkar as-Siddiq,Umar Al-Khattab,Uthman Bin Affan dan Ali Bin Abu Talib.
Dengan kesibukan dan tanggung jawab sebagai khalifah, mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud.
Kebiasaan itu dilanjutkan oleh para pengikut mereka,para tabiin,orang soleh dan orang yang bertakwa.
Keistimewaan solat tahajud dibandingkan dengan solat sunat yang lain dpt dikemukakan sebagai berikut:
Solat tahajud adalah ibadah mahdhah yang kali pertama diwajibkan kepada ummat Islam selama setahun sebelum mereka diwajibkan solat lima waktu, puasa dalam bulan Ramadan, zakat dan haji.
Tidak ada solat sunat yang secara langsung dianjurkan Allah melalui Al-Quran selain solat tahajud. Solat sunat Rawatib,solat sunat duha dan solat-solat sunat yang lain, hanya dianjurkan dalam hadis.
Namun itu bukanlah berarti solat sunat yang lain itu tidak penting.
Dapatlah kita membuat kesimpulan, solat tahajud penting dan istimewa hingga ia mendapat lebih perhatian. Anjuran solat tahajud dalam al-Quran dapt dilihat di bawah ini:
Allah menjamin Nabi Muhammad, para sahabat dan seluruh umat islam yang mengejakan solat tahajud mendapat tempat yang istimewa dan terpuji melalui surah al-Israk,ayat 79" Pada sebahagian malam hari,solat tahajud ialah sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji."
Allah mewajibkan solat tahajud, kemudian menhapuskannya selepas turunnya surah al-Muzamil ayat 1 dan 2, " Wahai orang yang berselimut (Muhammad) bangunlah untuk solat pada malam hari, kecuali sedikit daripadanya."
Allah memberikan nikmat yang disembunyikan kepada hambanya yang suka bertahajud dalam surah as-Sajdah, ayat 16 hingga 17, " Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya kerana mereka bertahajud. Mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada mereka. Tidak ada seorang pun tidak tahu apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu bermacam-macam nikmat yang menyedapkan mata sebagai balasan bagi apa yang mereka kerjakan"
Allah memberi qurratu a'ayun kepada mereka seperti yang dinyatakan dalam surah Ali Imran, ayat 17."Iaitu orang yang sabar, benar,tetap taat dan menafkahkan hartanya pada jalan Allah serta memohon ampun pada waktu sahur"
Dan dalam surah al-Furqan, ayat 64, " Orang yang melalui malam hari dengan sujud dan berdiri untuk Tuhan mereka. "
Allah memberi hambanya yang bertahajud dan membanyakkan zikir, doa, istighfar dan beribadah kepadanya pada tengah malam dalam surah al-Zumar ayat 9, "Apakah kamu wahai orang musyrik, yang lebih beruntung ataukah orang yang beribadah pada waktu malam dengan sujud dan berdiri kerana takutkan azab akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakan, " Samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? ". Sesungguhnya hanya orang yang berakal yang dapat menerima pengajaran. "
~ Allah menyatakan dalam surah az-Zariyat ayat 17 hingga 18, " Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam kerana mereka memohon keampunan daripada Allah. "
~ Tahajud juga disebut dalam ayat 25 hingga 26, surah al-Insan.
"Sebutlah nama Tuhanmu pd waktu pagi dan petan dan pd sebahagian malam,sujudlah kepadanya dan bertasbihlah kepadanya pada bahagian yang panjang pada malam hari"
Dalam surah Qaf juga disebut pada ayat 40.
"Bertasbihlah kamu pada malam hari dan setelah selesai solat."
Ayat 48 hingga 49 surah al-Thur juga menyebut
"Bersabarlah dlm menunggu ketetapan Rabbmu,Sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan kami,Bertasbihlah memuji Rabbmu sewaktu kamu bangun berdiri dan bertasbihlah kepadanya pada beberapa saat pada malam hari dan waktu terbenamnya bintang-bintang (waktu fajar)"
Nabi tidak pernah meninggalkan solat tahajud kecuali adasebab yang penting. Apabila beliau sakit, beliau mengerjakannya sambil duduk. Apabila beliau tidak sempat mengerjakannya pada malam hari, beliau menggantikannya pada siang hari.
Sesungguhnya,solat tahajud ialah satu daripada solat sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding solat sunat yang lain.
Solat tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mau mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Amalan solat tahajud bukannya hanya diamalkan umat Nabi Muhammad S.A.W saja malah turut diamalkan oleh umat nabi sebelumnya.ini bererti perintah tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W saja.
Saidina Umar Al-Khatab menyatakan fadhilat atau kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa yang mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyu’ niscaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.
Kurniaan di dunia ialah :
1)Jauh daripada segala penyakit
2)Lahir kesan takwa pada wajahnya
3)Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
4)Percakapannya mengandungi hikmah
5)Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
#Sementara empat kurniaan di akhirat ialah#
1)Dibangkitkan dari kubur dengan wajah yang berseri-seri
2)Dipermudahkan hisab
3)Cepat melalui Sirat al-Mustaqim- seperti kilat
4)Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat dengan tangan kanan